Bahaya Hutang menurut pandangan islam December 20, 2013
Posted by orong-orong in tips, trik.Tags: bahaya hutang, bahaya hutang dalam islam, efek hutang, hukum berhutang, larangan berhutang, manfaat hutang
trackback
OrongOrong.com
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk http://www.zaharuddin.com.
Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف”
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, ” Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; ” Benar ” Jawab Rasulullah” ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
-
a) KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan “Charge Card” atau “Debit Card” sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
-
b) PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep “bai inah” ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
-
c) PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
-
d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority’ atau “awlawiyyat” di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
sumber ; disini
salam kebo putih
Minggiiiir..saya mau podium 1
awas minggir semua
Hutang memang tdk di anjurkan,tpi memberi hutangan pada org yg bener2 membutuhkan..akan dpat pahala besar..
*memberi hutangan bwat main keplek,mendem,judi,tuk brfoya2..jelas haram..
leres pak kyai
Awas ada rentenir..!hehehe
bukan ane lho
padahal aq yo nduwe utang 😦
podo, ene sing ngomong urip nak ra nduwe utang ra seru
diuber2 debt colector kui serune #eh
betul, penuh tantangan
wakakakakak malahan
weleh..kong aku tau di uber2 debt colektor goro2 cbr 250 warna silver kae…sing utang koncoku wartawan harian terbesar di jy.pura..lha wonge pas mulih nang wamena .. cbr nya titipke aku . eeee ternyata nunggak 4 bulan.. asemmm tenan ..aku kedayohan wong leasing 😉
tak olak alik tak bukakno artikel nang kaskus … ora wani nyita
pengalaman menarik ini
wis tak gawe artikel jane..cuman gak secara gamblang..
http://bakulkangkungjpr1.com/2013/09/02/bagaimana-jika-seandainya/
woh lha terus pie akhire mas. wes dibayar durung kui tunggakane 😀
aku ra ngerti… penting sing duwe montor teko trus tak kon nggowo wae montore… aku emoh urusan ngunu kuwi 😉
tiwas tambah sumpek 😀
Saya masih sering hutang
podo
waduh…masih punya utang nih.
sama
semoga utangq lunas
amin
amiiiin
arisan motorku rung lunas…
lek ndang dilunasi
Hati-hati biasanya blogger punya hutang artikel terhadap pembaca. ingat-ingat
wkwkwk, tau aja nich
Hari Jumat Mubharok artikelny Islami banget…like this lah 😀
khusus jum’at di selingi religi
utangke akeh…ki,piye iki.sopo seng arep ngrewangi pasti dpt pahala
ayo diobral, siapa yang mau
lha…ini kyai dr malaysieu yah….
baca artukelnya EYD nya beda sama kita…
mantaaaplah
hehe, sekali2 kyai dari tetangga
habis baca cari2 masih punya hutang apa tidak,ternyata hutang terbesar masih ada sama Orang tua kita,dan ndak terbayarkan,nelpon Orang tua dulu,dah.supaya diIklaskan hutang kita.
oh iya, gak kepikir sampai kesitu ane gan. thks sudah diingatkan
wah….ane masih punya hutang sama bank
bentar lagi bonusan akhir tahun , ayo yang punya tanggungan utang segera lunasin.
Aku mau mbayar utang, tapi yang mau ane bayar orangnya udah pindah . 😦
berarti bayar ke ane aja. wkwkwk
utang itu sudah jadi kebiasaan di Indonesia … ambil contoh saja, seandainya kita punya kendaraan baru, maka pertanyaan temen atau sodara pertama kali adalah “kredit berapa tahun???” (padahal belinya cash) … beli mobil juga sama “kredit berapa puluh tahun? (sekali lagi padahal cash) … ketika beli rumah…. “Kredit seumur idup ya?” (padahal rumah barunya dibeliin suami alias gratis 😀 )
betul sudah jadi tradisi